PERISTIWA BESAR dalam Ramadhan, Inspirasi kepada Kejayaan dan Kecemerlangan Kehidupan

- Penulis

Jumat, 14 April 2023 - 18:56

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

SuarIndonesia – Bulan Ramadhan adalah bulan di perintahkannya ibadah puasa kepada umat Islam pada tahun kedua hijrah.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi insan yang bertakwa (QS. Al-Baqarah : 183)

Namun demikian, tidak kalah pentingnya dalam bulan Ramadhan juga mencatat banyak sejarah yang penting yang berlaku.

Hal ini bertujuan untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai inspirasi kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan.

Bukan dijadikan alasan kemunduran dan kelemahan dalam kehidupan.

Ada 8 peristiwa yang penting dalam sejarah Islam yang berlaku di bulan Ramadhan.

D iantara peristiwa tersebut adalah:

1.BULAN DITURUNKAN AL-QURAN

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, bahawasanya Allah SWT menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185:

Maksudnya: “Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). ( QS. Al-Baqarah : 185 )

2. PERISTIWA PERANG BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar.

Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di daerah itu.

Tentera Islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.

Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini luar biasa. Tentera Islam kurang jumlahnya, lemah daripada sudut kelengkapan persenjataan dan dalam keadaan berpuasa, akan tetapi dapat memenangi peperangan Badar.

Hal ini membuktikan puasa bukan faktor penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat 123:

Maksudnya: “Sungguh Allah SWT telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, agar kamu mensyukuri- Nya”. (QS. Ali-Imran : 123 )

3. PEMBUKAAN KOTA MAKKAH (FATHU MAKKAH)

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 6 Hijrah.

Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Makkah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah termeterai dengan orang Islam.

Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy.

Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah.

Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Makkah manakala Bani Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad SAW.

Pada suatu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Makkah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, baginda mengerahkan ratusan ribu umat Islam menuju ke Makkah, tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Makkah.

Baginda menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui mereka apabila hampir memasuki Kota Makkah.

Akhirnya umat Islam dapat memasuki kota Makkah tanpa sebarang partumpahan darah.

Baca Juga :   TIGA PROYEK di Kalsel Senilai Rp 54 Miliar Lebih Putus Kontrak Secara Hukum, Pasca OTT KPK

Peristiwa ini telah menggambarkan pertolongan Allah SWT kepada hamba-hamba yang ikhlas kepada-Nya.

Allah SWT menyebut dalam al-Quran, dalam Surah An-Nasr, ayat 1:

Maksudnya: “Apabila telah datang pertolongan Allah SWT dan kemenangan.” (QS. An-Nasr : 1 )

4. PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu.

Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, baginda mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat.

Pada masa itu, tanah Arab dilanda panas dan kesusahan.

Mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad SAW.

Baginda sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota menuju ke utara kota Madinah.

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom.

Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Rasulullah SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3000 dinar setiap tahun.

5. ISLAM SAMPAI DI YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad SAW mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat baginda untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan.

Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 10 Hijrah.

6.KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Makkah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah.

Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke 9 Hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung besar al ‘Uzza di Nakhla.

Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza.

Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

7. PENYERAHAN KOTA THAIF

Kota Taif pernah mencatatkan sejarah hitam apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa baginda berdakwah di sana.

Selepas baginda dan umat Islam Berjaya membebaskan Makkah, golongan bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama.

Akhirnya rombongan mereka datang ke Makkah pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah dengan menyerahkan Bandar Thaif sebagai tanda menyerah kalah.

Patung al Laata yang dipuja sebelum ini pun dimusnahkan.

8.PEMBUKAAN KOTA ANDALUSIA (SEPANYOL)

Andalusia adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Liberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi.

Pada 28 Ramadhan tahun ke 92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.

Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur.

Akhirnya, Andalusia ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalusia selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia Barat. (*/ZI)

Komentar Facebook

Eksplorasi konten lain dari Suar Indonesia

Berlangganan untuk dapatkan pos terbaru lewat email.

Berita Terkait

SEILI, Terdakwa yang Habisi Nyawa Mahasiswi ULM Dituntut 14 Tahun Penjara
TIM PENELITI GEMOLOGI Internasional Memperdalam Pengetahuan tentang Intan Kalsel
SERING MENGUTIL SUSU, Pria Ini Tertangkap lagi di Minimarket Banjarmasin
REAKSI KERAS Ketua DPRD Kalsel atas Insiden Keracunan Siswa SMK, Awasi dan Evaluasi Ketat Program MBG
RESHUFFLE KABINET, Enam Pejabat Baru Dilantik Presiden Prabowo
DUA MANTAN PEJABAT di Disdik Ditahan Penyidik Kejari Banjarmasin Kasus Sewa Komputer
TIM EKSPEDISI RUPIAN Kalimantan 2026 Dilepas Dankodaeral XIII Bersama KPW BI Kalsel
RATUSAN CJH Kloter BDJ 03 Tabalong Membawa “Iwak Rabuk Haruan”, Senin Malam Terbang ke Tahan Suci

Berita Terkait

Selasa, 28 April 2026 - 23:57

KPU PALANGKA RAYA Digeledah Terkait Dana Hibah Pilkada 2023-2024

Selasa, 28 April 2026 - 22:54

KEMENKUM Siapkan Paralegal Perkuat Keadilan Posbankum di Desa

Selasa, 28 April 2026 - 17:11

SEILI, Terdakwa yang Habisi Nyawa Mahasiswi ULM Dituntut 14 Tahun Penjara

Selasa, 28 April 2026 - 01:01

WALI KOTA BANJARMASIN “Angkat Bicara” atas Penetapan Tersangka Kasus Sewa Sewa Komputer Jaringan

Senin, 27 April 2026 - 22:28

SERING MENGUTIL SUSU, Pria Ini Tertangkap lagi di Minimarket Banjarmasin

Senin, 27 April 2026 - 17:02

DUA MANTAN PEJABAT di Disdik Ditahan Penyidik Kejari Banjarmasin Kasus Sewa Komputer

Minggu, 26 April 2026 - 23:01

SOPIR ANGKOT Dibakar Rekan di Tanah Abang

Minggu, 26 April 2026 - 22:43

RIBUAN KOSMETIK Ilegal Malaysia Diselundupkan

Berita Terbaru

Madinah pada musim haji 2026. (Foto: Kemenhaj Kalsel)

Kalsel

1.079 JCH Embarkasi Banjarmasin Tiba di Madinah

Selasa, 28 Apr 2026 - 23:18

error: Content is protected !!

Eksplorasi konten lain dari Suar Indonesia

Langganan sekarang agar bisa terus membaca dan mendapatkan akses ke semua arsip.

Lanjutkan membaca